You're not mine anymore~
Welcome :)


Hey , welcome to my life .

Entries Owner Linkies


Tagboard!

.



Music Box






Hidup kau :)


Assalamualaikum ,

Tahun 2010 , kau menghabiskan masa setahun dengan kawankawan baik kau . Kau merupakan 'Pendengar setia' dan 'Doktor Cinta' kawankawan kau . Kalau antara kawan kau ada masaalah , kau mesti dengar , selesaikan masaalah diaorang . Walaupun dalam hidup kau dah sungguh banyak masaalah . Nak bandingkan masaalah kau dengan mereka ? Aku rasa , masaalah kau lagi teruk . Tapi kau kuat , kau mampu senyum dan ketawa . Kau menyatukan kawan kau dengan orang yang dia cinta . Baik sungguh kau . Kau tak sanggup tengok kawan kau sedih , jadi kau buat apa sahaja supaya kawan kau kembali senyum . Kau lah orang yang paling ceria diantara kawankawan karib kau . Masa ni , kau masih muda , tapi perangai kau seperti orang dah matang , kau berfikiran rasional dan positive . Kau baik sangat , aku kagum dengan kau .


Tahun 2011 , kalau tahun 2010 , kau sama kelas dengan kawan karib kau , malangnya tahun ni hanya kawankawan kau yang sama kelas , kau tidak . Kau lain kelas dari mereka . Tapi kau tak kisah , kau pasrah . Tiap kali nak rehat , pasti kau tunggu kawankawan karib kau . Ye lah , kelas kau dibawah , kelas kawan kau diatas . Kau setia menunggu mereka . Walaupun kadangkadang , mereka meninggalkan kau . Kau tak kisah , kau simpan dalam hati kau . Bukan sekali dua mereka meninggalkan kau , tapi banyak kali . Nak kata mereka jahat ? Aku taktahu . Tapi kau baik , kau tetap tunggu . Dalam kelas baru kau , kau berkenalan dengan kawankawan baru kau . Dan kau mula rapat dengan kawankawan baru kau . Tapi malangnya , kawankawan karib kau benci dengan kawankawan baru kau . Kawan karib kau kata , kawan baru kau tu jahat , minah banjir dan takdea moral . Tapi kau tak kisah , kau tetap kawan dengan mereka . Peramah nya kau :) . Lama kelamaan kau makin jauh dengan kawan karib kau , kau rapat dengan kawan baru kau . Dalam beberapa bulan , akhirnya kau buat keputusan , kau mula rehat dengan kawan baru kau , kau buat apa sahaja dengan mereka dan kau dan kawan karib kau dah tak rapat seperti dulu . Kau membuat alasan yang kau dan mula bosan dengan sikap kawankawan karib kau yang selalu lupakan kau . Walaupun salah satu kawan karib kau kau kenal dari darjah 1 , kau tak kisah . Kau tetap dengan keputusan kau . Kawan karib kau mulai benci dengan kau . Tapi kau tak kisah , sebab kau tahu apa yang terbaik untuk dirikau , kau juga bertambah kuat . Dan akhirnya , kau dan kawankawan karib kau hanya lah kawan-kenal-tak-kenal , dan kawankawan baru kau jadi kawankawan baik kau . Sejak kau ada kawan baik baru , kau sering dengar khabar angin buruk tentang diri kau , kau endah kan . Sebab kau takdea masa nak layan cerita dongeng mereka . Kau tak kisah , sebab kau tahu , mereka tak kenal kau macam kau kenal diri kau .


2012 , kini . Aku taktahu nak kata apa . Dari jauh aku perhati , kau sering dimarahi oleh kawan karib kau , kawan-kenal-tak-kenal kau dah tak berhubung dengan kau . Aku perhati , kau seperti sering dibuli orang kawan karib kau . Aku bukan menuduh , tapi .. aku sendiri nampak . Kau kadangkadang jalan dibelakang sekali . Kau sering dimarah . Kau seperti takut dengan kawan karib kau . Tapi , apa yang aku kagum dengan kau , kau tetap kuat . Kau masih mampu senyum , walaupun hidup kau penuh rintangan dan cabaran .  Ya Allah , kau ampunilah dosa dia :') . Aku terharu dengan kekuatan kau . Aku doakan , moga kau jumpa kawan karib kau yang kau caricari selama ni .


Wassalam .

#Ni berdasarkan pemerhatian aku .