SMKDABB diserang histeria :)
Assalamualaikum ,
Sapa dah baca surat khabar hari ni ? Well , aku belum lagi , hoho . Tengok internet pun jadi leww ~
Anyway , gambar di atas is sekolah kesayangan aku , lawa kan ? Lawa sangat :) . Kepada sesiapa yang tak baca surat khabar lagi , sekolah aku ni diserang histeria 2 hari berturut turut . Aku menjadi saksi . Aku saksi hari pertama dan kedua . Dan pada hari pertama , aku saksi semua mangsa , dalam 8 orang :) .
Bukan nak buka aib sekolah atau nak takut kan ke apa , tapi just nak state the truth , nak cerita kan how it happen at first .
Actually , kejadian yang pertama berlaku time trial SPM , seorang akak kena histeria dalam dewan peperiksaan . Sejak hari tu , memang keadaan sekolah ada yang tak kena . But , takdea ah serious mana .
But then , hari Selasa , 11 September 2012 , benda tu datang . Time tu dalam dewan , time petang , lepas sesi persekolan tamat , ada practice for drama untuk hari Kemerdekaan yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat minggu tu . Aku terlibat sekali . Then , time tengah practice , tibatiba , ada seorang budak drama , taknak ah bagitahu nama dia , tapi just panggil
A .
A terus stop and pergi dekat cikgu , and marahmarah cikgu . Entah kenapa . Lepas tu dia duduk sorangsorang dekat tangga dekat dengan PA system . Then ,
A menjerit and menangis . Kita orang semua terkejut and lari dekat dia . Bawa dia kebawah stage , dia merapu and menangis . Yang aku ingat , dia kata " Benda tu suruh keluar ! Benda tu suruh keluar weh ! " lepas tu dia pengsan . Kitaorang bawa dia ke surau . Then , cikgu suruh bawa dia ke pejabat , tapi dia taknak . Dia siap bagi warning lagi . Then warning kedua , dia kata "Jangan call mak aku ! Kau jangan ! " . Tapi nak buad camne ? Kitaorang paksa dia masuk pejabat gak .
Then , dalam pejabat , aku and seorang kawan aku , let's call her
B , jaga
A . Kitaorang dua je ah .
B bukan budak drama , but just nak jaga je .
A mula merapu , kadangkadang dia menggeletar , kadangkadang dia ketawa . Then , tibatiba masuk seorang lelaki . Dia pun kena gak , let's call him
C , dia bukan budak drama ah . Then , kawan
C , kita just call
D , jaga ah
C . Dia tolong bacakan apa yang patut .
C en lelaki , so tak teruk ah . Maybe just gangguan je . Tibatiba , seorang lagi budak drama dekat luar kena . Kita panggil dia
E . So sekarang , budak drama yang kena , 2 orang :
A and
E . Time
E masuk pejabat tu ,
A mula lah cakap " Kawan aku ! Kawan akuu ! " and dia macam nak pergi kearah
E . Then ,
A cakap nama sorang budak drama , yang takdea dekat situ , " KINAAA ! Aku bunuh kau ! Kau mati hari Jumaat ni ! KINAAA ! " , Aku just mampu tahan dia daripada meronta ronta je time tu . Then , tibatiba ada sorang lagi budak drama kena dekat bus stop . Dia dibawa ke pejabat gak . Time tu , keadaan
A dah critical . Lepas tu , sorang lagi budak kena , lelaki , well , dia just tak menentu , nak marahmarah , call him
F , dia pun dibawa ke pejabat
. Tapi
F tak critical . Lepas tu ,
A menjerit jerit , dia kata "Jangan masuk dewan hari Jumaat ni ! Tu tempat aku ! Korang takbole masuk ! " , then dia kata lagi "Janji dulu ! Jangan masuk dewan Jumaat ni ! " . Aku yang ada disebelah
A , menahan dia pun cakap " Ye , kitaorang janji ! " , then dia jerit , " PENIPU ! MANUSIA PENIPU ! " Cikgu semua taktahu nak buad apa . So , panggil orang ILIM ( Institut Latihan Islam Malaysia ) . Bangunan dorang just disebelah sekolah kitaorang . Dorang siap bawa air and minyak untuk ubat dorang semua .
Ya Allah , kalau korang tengok keadaan mangsa semua , memang menyeramkan . Dorang menjerit , and macammacam lagi . Yang paling susah sekali
A , aku tengok dia , sampai macam tercekik cekik dia . Time seorang abang ILIM ni azan ,
A menjerit , meraung . Tak sanggup aku tengok .
Lepas semua dah selesai , lepas semua dah okay dalam pejabat tu , abangabang ILIM pun balik . Lepas tu , sorang lagi budak drama , yang dikenali sebagai Kina , masuk . Dia lah yang
A panggil semasa
A kena sampuk . Dia mengadu dia asyik hidu bau mayat je , dia taktahan . So , cikgu pun bagi lah minyak yang abang ILIM bagi awalawal tadi .
Aku pun kebawah . Pikir . Dekat pejabat tadi , dalam 6 orang dah kena . Semua budak drama dah kena , alhamdulillah aku selamat :) .
Then , aku ke tempat biasa aku tunggu parents aku , ada kawankawan aku dekat situ , kitaorang pun berborakborak . Tengah borakborak tu , tibatiba , seorang lagi kena , lelaki . Ingat lagi tak
D ? Yang jaga kawan dia yang kena yang dipanggil
C . Dia kena . Dia kena dekat bus stop . Budak yang lemah semangat semua berkumpul dekat dataran perhimpunan . MasyaAllah , teruknya keadaan
D . Aku berada dekat je dengan dia , perhatikan dia . Semua budak lelaki tahan dia , and baca ayat Kursi . Entah lah dalam beberapa minute lepas tu , dia okay . Cuma nampak macam something wrong , don't know what .
Lepas tu , aku pergi dekat tempat dorang berkumpul . Tangan aku bergetar getar . Nafas aku tercungap cungap . Mana taknya , tengah seram semua tengok kejadian tu . Aku pun minum air yang abang ILIM tu bagi . Lepas tu , dengan tak semena menanya . Kawan aku , yang aku kenali sebagai
B , yang tolong aku jaga
A time
A kena
tu . Dia pula yang kena . Mulamula dia just termenung , kitaorang panggil dia , dia buad bodoh . Then , dia menangis . Menangis just keluar air mata lah . Aku kasi dia minum air , dia still the same , cuma air mata dia makin deras . Then , adalah seorang lelaki ni , bapa kepada kawan aku , macam tolong ubatkan , then ,
B meraung , and menangis . Kitaorang semua tahan dia dari meronta . Dia menjerit jerit . Budak yang berkumpul dekat dengan dia , yang tahan dia , semua baca Ayat Kursi . Aku dekat sebelah kanan dia , memandangkan dorang semua baca ayat Kursi , aku baca Al-Fatihah dekat telinga dia . Bergetar getar aku baca . Aku baca banyakbanyak kali . Dia jerit , MasyaAllah , kuat nya . Dia jerit dekat telinga aku pula tu . Sampai satu tahap tu , entah camne tangan
B bole terlepas dari genggaman sapa ntah , tangan dia tu , terus lempang aku . Tapi aku buad don't know , teruskan bacaan . Sakit tu memang ah sakit , but it doesn't matter . So , aku baca sampai
B cakap , "dah" , dengan nada yang perlahan . Tengoktengok , dia dah sedar .
Macam tu lah kejadian yang berlaku time hari Selasa petang . Unpredictable en ? Tak sangka , time tengah practice juga benda tu mengacau . Then , cikgu decide , drama dibatalkan .
Tapi , esoknya , hari Rabu , lagi teruk . Ada kata dalam 50 orang kena , ada kata dalam 60 orang kena . Bilangan sebenar ? Wallahualam .
Pagi tu , kena baca Yaasin dalam class ramairamai . Sebelum baca Yaasin tu , time baca Alfatihah , and surah surah lain tu , aku menggigil , aku pening and sakit belakang . Then , aku asyik pandang atas syilling je , class aku atas sekali , so syilling kitaorang bukan simen . Then , ada satu sudut ni , syilling kitaorang takdea aww , macam tercabut kod ? Entah ? But berlubang ah . Aku taknak cakap apa yang aku nampak , but memang aku pandang je . Aku nak menoleh , tapi takbole . Aku pandang je . Then , kawan aku panggil banyak kali , baru aku toleh . Aku menggigil lagi . Lepas baca Yaasin . Lepas dah lama tu , dengar jeritan . Kitaorang taktahu sapa tu , but tibatiba dengan automatic nya , mulut aku sebut nama budak yang kena tu . Padahal aku taktahu pun .
Then , kawan aku baca ayat Kursi , dia duduk satu kerusi dengan aku , so dia baca dekat dengan telinga aku ah , Ya Allah , masa tu telinga aku berdesing and sakit je .
Then , aku istighfar banyakbanyak . Memang dah sah aku nak dah kena . Alhamdulillah aku sedar sebelum terlambat .
Lepas tu , semua warga sekolah diarahkan pergi ke dataran perhimpunan , baca Yaasin . Time tu , memang ramai ah yang kena depan mata semua warga sekolah . Ya Allah , teruknya .
Memang hari Rabu tu dikira teruk . Sampai cikgu bagi cuti selama dua hari , Khamis and Jumaat .
Masa hari Selasa petang tu , sebelum
A kena , ada seorang budak lelaki cakap , benda tu ada dekat PA System , dia tengah marah . And katanya lagi , benda tu ada lalu dibelakang cikgu semasa practice drama .
Dear readers , minta jasa baik korang , please pray for SMKDABB . Doakan sekolah tu dapat jadi aman semula :) .